Thursday, December 1, 2011

Kita Bukan Pokok

Hari ini 1 Disember. Tahun lepas, aku masih ingat lagi malam sebelum 1 Disember. Tak mampu nak lelapkan mata. Kenapa? Sebab terlalu teruja. Kenapa? Esok hari aku akan menjalani latihan praktikal di Maxis. Tak dapat bayangkan bagaimana rasanya kerja di pejabat, bercampur gaul dengan orang bekerja.

Selepas tamat latihan praktikal, aku dapat peluang bekerja di Maxis. Ibu ayah rasa sangat seronok aku terus dapat kerja situ. Dekat dengan rumah, public transport senang dapat, gaji takdelah tinggi mana tapi bolehlah.


Setelah tiga bulan bekerja, aku tidak puas bekerja di pejabat. Aku rasa kekok bercampur gaul dengan orang dewasa, tak tahu nak borak apa. Jadi untuk perbaiki diri, aku mesti buat sesuatu. Aku kena juga meletakkan diri ini dalam satu situasi yang tiada pilihan, kena belajar juga bercampur dengan orang dewasa.

Aku rasa kerja makan gaji seperti robot. Bangun pagi setiap hari, pergi ke pejabat, menghadap laptop buat kerja, bila petang balik rumah, dan berterusan ke hari seterusnya. Lifeless!

'If you don't like where you are, then change it. You are not a tree.'

Setelah loan rumah dan kereta lulus, aku terus resign dari Maxis. Terjun ke dunia sales, menjual unit trust, Public Mutual. Walaupun kerja di Maxis aku boleh dapat gaji yang stabil setiap bulan, berbanding Public Mutual yang gaji basic pun takde, hanya berasaskan komisen, tapi itulah yang aku nak. Keluar dari kepompong keselesaan.

Pada awalnya ayah agak kecewa dengan keputusan aku, berhenti kerja secara tiba-tiba. Orang lain sibuk cari kerja, aku gatal berhenti kerja. Tapi setelah berbincang secara  terbuka, ayah faham niat aku.

Memang rasa dilemma sebelum nak berhenti. Kita memang sentiasa ada pilihan, tapi kita takde 'the magic crystalball' yang dapat tunjuk apa pengakhiran bagi setiap jalan yang dipilih.

Disebabkan aku ada satu aset yang tak ternilai, aku nekad berhenti. Apa aset itu? Masa! Umur baru 21 tahun beb, aku fikir waktu mudalah nak mencuba benda baru, buat benda bodoh, buat kesilapan. Bosan la bro hidup asyik ikut jalan cerita stereotype je, belajar rajin-rajin, dapat pointer hebat, senang dapat kerja dan bla bla.

Tapi itulah, langit tak selalu cerah. Manusia merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik2 perancang. Penentu segala perancangan.

3 comments:

  1. rezeki Allah ada dimana2...truskan perjuangan hdup...:)

    ReplyDelete
  2. Tpi pai keje kt public mutual jual unit trust pun still kene bangun pagi? bagi aku bukak bisnes sendiri bru kluar dri kepompong keselesaan.

    ReplyDelete
  3. orang kata bangun pagi murah rezeki. hehe

    ReplyDelete