Monday, December 12, 2011

Dari Pejabat ke Jalanan

Budak habis universiti macam aku ni memang biasalah lepak ngan mat-mat melayu. Sembang kosong sampai pagi buta. Mingle dengan budak-budak baru nak start kerja, benda sembang pun tak macam orang-orang dewasa la. Demam habis belajar tak kebah lagi. Kadang mengenang nasib, rindu zaman belajar, tak payah nak pikir carik duit. 

Sementara menanti peluang nak setup business, tu yang aku pikir nak improve human relation aku dulu. Eh kalau konfiden tinggi, orang level SPM pun boleh selamba communicate dengan orang ade phd. Tapi itulah kadang kita tengok orang pakai suit pon da pikir, 'Uishh dia ni mesti somebody', rasa inferior dalam diri, padahal dorang pun manusia jugak makan nasik. 


Jadi aku pun pilih buat Public Mutual, sebagai platform untuk aku build up konfiden bercampur gaul dengan orang. Kerja macam aku ni takde basic. Takde basic jadi takde target kena achieve. Takde target jadi aku takde bos. Takde bos jadi ikut suka hati nak kerja ke tak. Kerja kuat dapat makan chicken chop, tak kerja makan pasir la jawabnya. 

Bila dah masuk kerja sales ni baru aku paham, kenapa dulu bos aku kat Maxis, ayah aku, dok halang aku nak berhenti. Awal-awal aku buat memang rasa perit. 

Nak tahu camne cara aku dapatkan prospek klien? Yang pertama ftf, iaitu face to face. Motif buat ftf ni nak dapatkan contact number, dah dapat number, later aku telefon la nak set appoinment. Contohnya kat Restoran Pelita KLCC tu, pergi dari satu meja ke meja, jumpa orang, perkenalkan diri dan mintak tukar business kad. Alar macam style mak cik jual kerepek tuu. 

Cara yang kedua buat cold calling. Aku ada satu list number. Mana aku dapat list ni? Hahaha itu tak boley cakap la. Tapi orang dalam list number ni sume tak kenal aku. Kiranya main call je cakap nak set appointment. Macam kerja telesales la, ntah sape-sape call ko tiba-tiba cakap nak jumpa.

Haaa nampak macam mudahkan 2 kaedah di atas? Tak payah masuk universiti belajar sampai degree pun boleh buat. Tapi cuba test buat la tengok goyang ke tak goyang. Rasa malu, rasa takut, rasa berdebar, macam-macam rasa la ada. Kadang nak bercakap pun menggeletar suara. Sebab takut rejection punya pasal. Bila kena reject mula la rasa down.

Pernah aku buat cold calling, orang tu marah aku sampai nak saman aku bagai sebab ganggu privasi dia. Paling best dapat set appointment dalam telefon, bila dah sampai tempat appointment, telefon prospek dia tak angkat pulok. Buang duit minyak, buang masa, buang karan, buang apa lagi?

Kalau dapat jumpa prospek, dah present tapi tak close pulak. Kadang bila fikir hari esok, rasa macam takut je nak hadapi. Yela tiada jaminan hari esok kita akan dapat income. Kepala otak stress, fikir macam-macam, hati tak tenang. 

Itu cerita dulu la. Masa awal-awal aku buat. Tapi walau tekanan macam mana sekalipun, memang pantang aku berundur. Alang-alang dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sekali aku dah robohkan jambatan, tak sanggup aku berenang balik ke seberang daratan. 

5 comments:

  1. GUDLUCK APAI!!! TERBAIK!! U CAN DO IT!!

    Luqman & Faiz CIMB

    ReplyDelete
  2. Seperti yang kt wat sekang... TELEMARKETING... hahahaha

    ReplyDelete
  3. man & paiz : thanx bros!
    kak mira : tengah setup something. hehe

    ReplyDelete