Tuesday, December 20, 2011

Bila Resah Macam Nak Bernikah

Sepanjang pengalaman sepak terajang aku dalam menjual unit trust, bukan jumlah jaringan gol yang memberi makna kepada aku. Juga bukan berapa kali aku jatuh kena tackle dengan pihak lawan yang membuat aku jatuh tidak berbangkit.  Tapi pengalaman untuk bangkit itu, memang sangat priceless.

Motivasi sangat penting dalam kerjaya sales. Senang cite motivasi ni macam kena mandi la, perlu mandi setiap hari, kalau tak mandi kita jadi busuk la. Kepala otak kena positif manjang. Setiap hari bombard dengan benda-benda positif. Baca buku motivasi, tengok cerita motivasi, dengar lagu yang boleh boost motivasi. Lagu Selena Gomez-Who Says pun aku bedal.

Monday, December 12, 2011

Dari Pejabat ke Jalanan

Budak habis universiti macam aku ni memang biasalah lepak ngan mat-mat melayu. Sembang kosong sampai pagi buta. Mingle dengan budak-budak baru nak start kerja, benda sembang pun tak macam orang-orang dewasa la. Demam habis belajar tak kebah lagi. Kadang mengenang nasib, rindu zaman belajar, tak payah nak pikir carik duit. 

Sementara menanti peluang nak setup business, tu yang aku pikir nak improve human relation aku dulu. Eh kalau konfiden tinggi, orang level SPM pun boleh selamba communicate dengan orang ade phd. Tapi itulah kadang kita tengok orang pakai suit pon da pikir, 'Uishh dia ni mesti somebody', rasa inferior dalam diri, padahal dorang pun manusia jugak makan nasik. 

Thursday, December 1, 2011

Kita Bukan Pokok

Hari ini 1 Disember. Tahun lepas, aku masih ingat lagi malam sebelum 1 Disember. Tak mampu nak lelapkan mata. Kenapa? Sebab terlalu teruja. Kenapa? Esok hari aku akan menjalani latihan praktikal di Maxis. Tak dapat bayangkan bagaimana rasanya kerja di pejabat, bercampur gaul dengan orang bekerja.

Selepas tamat latihan praktikal, aku dapat peluang bekerja di Maxis. Ibu ayah rasa sangat seronok aku terus dapat kerja situ. Dekat dengan rumah, public transport senang dapat, gaji takdelah tinggi mana tapi bolehlah.