Sepanjang pengalaman sepak terajang aku dalam menjual unit trust, bukan jumlah jaringan gol yang memberi makna kepada aku. Juga bukan berapa kali aku jatuh kena tackle dengan pihak lawan yang membuat aku jatuh tidak berbangkit. Tapi pengalaman untuk bangkit itu, memang sangat priceless.
Motivasi sangat penting dalam kerjaya sales. Senang cite motivasi ni macam kena mandi la, perlu mandi setiap hari, kalau tak mandi kita jadi busuk la. Kepala otak kena positif manjang. Setiap hari bombard dengan benda-benda positif. Baca buku motivasi, tengok cerita motivasi, dengar lagu yang boleh boost motivasi. Lagu Selena Gomez-Who Says pun aku bedal.
Last-last aku dah tepu dengan semua benda tu. Manusia tetap manusia, mempunyai perasaan, tidak seperti robot. Berjumpa dengan stranger untuk menjual membuatkan aku rasa tidak selesa. Bila kecundang di tengah jalan, masih tidak dapat lari dari perasaan kecewa. Memang mudah kita nak bagitahu orang lain, DONT GIVE UP!, MOVE ON!. Tapi cuba la bagitahu dekat orang yang baru putus tunang, maun tak kena pelempang.
Bak kata Dr Fadzilah Kamsah, insan yang cemerlang datangnya dari akal dan jiwa yang mantop! Habis apa beza akal dengan jiwa? Senang cite macam ni la, contoh macam minah-minah melayu yang manjang frust kena tinggal ngan balak. Otak memang la nak fikir tak nak ingat lagi mamat tu, go to hell sama itu jantan, tapi hati pulak, rasa rindu dan sayang tu tak leh hilang lagi.
Itu pasal akal dengan jiwa kena ngam sekali bagi positif. Tapi nak lupa masalah, konon sibukkan diri, melepak dengan kawan, tengok movie, layan tom tom bak, untuk kita ajee. Konon nak hiburkan diri la bagi rasa diri ini lupa segala keresahan.
Tapi buat semua tu pun, balik rumah tetap kena fikir hari esok. Hari esok yang aku sendiri pun tak pasti, macam mana rezeki aku? Apa dugaan aku? Mampu ke aku harungi? Dapat ke klien? Terlalu banyak fikirkan perkara yang tidak pasti.
Aku fikir, fikir dan fikir. Kenapa la aku senang sangat melayan perasaan, hati ni rasa lain macam jek, asyik gelisah, rasa serba tak kena. Nak bernikah pun tak rasa macam ni. Jadi aku pun buat sedikit pembacaan. Rupanya baru aku tahu, hati ni nak tenang, Allah je boleh bagi. Kita boleh buat 1001 aktiviti kat dunia ni, tapi kalau Allah tak nak bagi hati tu tenang, tetap tak tenang jugak.
Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)
Ada sesetengah perkara, yang takdir kita Allah tentukan. Macam rezeki, jodoh dan ajal. Contohnya macam orang buka restoran, tempat strategik, masakan delicious, waiter pulak marvelicious macam Lisa Surihani, tapi kalau Allah tak nak bagi rezeki kat taukeh restoran tu, orang ramai tetap tak nak datang jugak makan situ.
Habis apa macam mau buat? Rupanya kita ada pilihan, untuk mengubah takdir kita. Bukan benda yang dah terjadi boleh ubah, janganlah ko dah lahir hemsem jadi jantan nak tukar jadi nyah pulak. Tapi benda yang akan datang la. Allah yang tentukan takdir kita, Allah juga ada kuasa nak ubah takdir kita. Tu namanya the power of doa.
Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)
Jadi lepas solat, aku doa sepenuh hati. Mintak tolong dengan Allah, dipermudakan segala urusan, dimurahkan rezeki, tenangkan hati ini, lancarkan segala percakapan. Sungguh-sungguh aku doa. Alhamdulillah, bila lepas doa tu, rasa macam lapang je dada. Hati yang gusar semakin damai, keyakinan semakin bertambah.
Aku pun semakin konfiden nak dapatkan klien. Kalau awal-awal dulu, aku beranikan diri berjumpa dengan orang-orang yang level executive, kemudian aku tingkatkan lagi keyakinan aku berjumpa dengan orang yang lebih besar, macam manager, ceo, head of department. Yelar orang-orang besar ni duit banyak la sikit, makin banyak diorang invest, makin besar la komisen aku. Ada rezeki dapat la close, takde rezeki jumpa orang lain pulak.
Pengalaman berjumpa dengan pelbagai jenis orang sangat menyeronokkan. Bila semangat dah meluap-luap untuk terus melangkah, sekali lagi dalam perjalanan hidup ini, aku bertembung dengan satu persimpangan lain pulak. Biasalah hidup ni kan kadang penuh kejutan. Baru rancak!
good luck dak kecik !!
ReplyDeleteBest of luck!!! Be confident of yourself!!!!
ReplyDeletethanks! :)
ReplyDeletebetul dengan doa jer hati kita tenang..insyallah somga doa anda dimakbulkan tuhan...amin
ReplyDelete