Monday, August 22, 2011

Tak Dapat Bayang Bawa Isteri Dan Anak

Bulan Ramadhan tahun ini best gila oink oink! Sebabnya? Aku join tiga gathering yang merentasi tiga zaman belajar. Sangat best macam hisap coki coki sambil tengok spongebob gelak dengan cara yang unik. Sangat best macam ko tengah tidur dengan sedap pagi-pagi, tiba-tiba dapat mesej dari rakan kelas lain, 'Kelas cancel hari ni!'. Sangat best macam ko dapat awek yang ko boleh berr..err..hehe..abaikan! Tapi benda paling penting aku nak cakap, Ramadhan tahun ini sangat best!


Pada aku, gathering merupakan platform terbaik untuk kita melempiaskan rindu..err..maksud aku..melepaskan rindu! Yes itu perkataan yang aku fikirkan tadi! Melepaskan rindu untuk bertemu rakan rakan lama. Tapi cara melepaskan rindu itu bukan dengan aktiviti seperti suami isteri berr..err..bersolat tarawih secara jemaah.

Kawan yang berbulan bulan, malah ada yang bertahun tahun tak jumpa, tiba tiba ditemukan dalam satu pertemuan. Perubahan fizikal, rohani dan jasmani dengan ketaranya berubah.

Kalau dulu gaya pakaian macam mak tolong pakaikan baju, mak sikatkan rambut belah tepi siap letak bedak sejuk kat pipi, tapi sekarang yang laki semua kacak bergaya, yang perempuan gorgeous belaka menonjolkan aset yang sedia ada..err..aset maksud aku kereta ye!

Kalau dulu sembang pasal main masak-masak, main kahwin-kahwin, tapi sekarang sembang dah macam tokoh korporat melayu, berbicara soal pelaburan, perniagaan, kerjaya masing-masing. Yang ada name card bertukar-tukar, masing-masing tak nak kalah tuu.

Bila kumpul beramai-ramai, sesi beramas mesra..err maaf..maksud aku beramah mesra! Yes itu yang aku fikirkan tadi! Hadoii apa kena la aku hari ini, asyik tersamsol yusof jek..arghh silap lagi! Tersasul! Sesi beramah mesra pun terjadi. Berborak mengimbau kenangan zaman belajar yang lalu. Gelak tawa sampai lebam buat restoran tuu macam Ahmad Albab yang punya. Kesannya? Balik rumah mulut penat gila oink oink nak mampus.

Zaman belajar aku dah berlalu. Dah tak dapat jumpa geng setiap hari macam dulu. Masing-masing pun sekarang dah ada komitmen kerjaya. Aku tak dapat bayang, lagi 3-4 tahun akan datang, gathering jumpa balik kawan-kawan lama, masing-masing dah kahwin, bawa isteri dan anak-anak.

*err sebenarnya aku sendiri yang tak dapat bayang aku yang bawa isteri dan anak-anak tu


GATHERING GENG BAS SEKOLAH



GATHERING GENG KOLEJ MATRIKULASI PERAK



GATHERING GENG D'MARKETERS UITM



CONCLUSION?



4 comments:

  1. amboi.. seronotnye... tak dapat bayangkan gak apai ade anak2..haaa

    ReplyDelete
  2. omg!xdpt byangkan jugak!
    taon ni puase mmg best! toink2~

    ReplyDelete
  3. Xblh bla lah pai bile "salah taip" tuh... Anyway, kt x sabar nak tgk anak ko n isteri ko...huhuhu..kawen t, wajib jmput kt r...

    ReplyDelete
  4. hepi 4 u pai sbb ramadahan kali ni bst..hehe

    ReplyDelete