Sunday, August 14, 2011

Kenapa Dia Tersipu Malu

2 minggu puasa berlalu
Masa awal puasa hari tu
Beli macam-macam makanan kat bazar ramadhan
Roti john, murtabak, pelbagai kuih
Tapi sekarang dah sampai satu tahap
Bila pergi bazar ramadhan
Aku dah tak tahu nak beli apa
Makanan yang sama setiap hari dijual


Tapi ada satu benda ni
Yang aku masih tak jumpa
Masih tidak ketemui di mana-mana bazar
Aku mencari belon helium
Belon helium tu kalau kita sedut
Suara kita akan bertukar jadi kartun
Agak kool juga suara macam spongebob

Petang tadi aku ke bazar
Berjalan dari gerai pertama hingga ke hujung
Masih tiada orang menjual belon helium
Murtabak dan roti john aku dah beli
Sambil mundar mandir melihat gerai sekeliling
Tiba-tiba aku terlihat seorang gadis
Kelihatan ayu dan sopan ala ala ana rafali
Sedang berdiri menjaga satu gerai

Tak tahu datang dari mana
Datang satu daya tarikan graviti
Menarik aku ke gerai itu
Rupanya dia jual kuih pelita
Lalu gadis itu menegur aku

'Ye bang nak apa?'

'Saya nak lamar awak. sudikah awak mengahwini saya, menjadi isteri saya hingga ke akhir hayat dan menjadi ibu kepada anak-anak saya nanti?'

Sambil tersipu sipu malu
Gadis itu menjawab

'Err, sudi jek!'

Tapi sudah semestinya
Dialog di atas ini hanyalah khayalan aku
Kerana cerita sebenar di bawah

'Err, ni berapa ye?'

'5 kuih, rm2 bang'

'Ok, bagi saya rm4'

'Ok kejap yeh'

Dia terus mengambil polistren
Aku perhatikan saja dia
Kuih pelita dari dulang dimasukkan ke dalam polistren
Bila dah cukup terus dimasukkan ke dalam plastik
Lalu plastik itu dihulur kepada aku

'Nah bang, rm4 ye'

'Eh, saya tak minta kuih pelita'

Riak muka gadis ala ala ana rafali bertukar hairan

'Tadi saya cakap bagi rm4, bukan bagi kuih pelita rm4'

Dari perasaan kehairanan
Gadis itu tersengih lalu tersipu malu
Bila dah lihat riak muka dia yang malu-malu
Aku terus menyeluk poket mengeluarkan rm4

'Dah-dah tak yah nak malu, nah rm4'

'Hehe, terima kasih ye bang'

Aku terus berlalu dari gerai itu
Membawa sekali kuih pelita yang baru dibeli
Sambil berjalan minda aku bermain persoalan
Kenapa gadis ala ala ana rafali tadi tersipu malu

Kenapa kenapa kenapa

6 comments:

  1. haaa.. apai taktik nak ngorat la tu..haaa

    ReplyDelete
  2. eeee gatal ye!! nak beli tu buat la cara nak beli... dah dah tak yah nak dok berangan sgt! xde mkne nye pon kalo die nak malu... cet! =P

    ReplyDelete
  3. dah ko knekan dy mmg la dy malu la en apai oit~~

    ReplyDelete
  4. nakal ye dik???aish...xpe2 dah besar adik akak ni...hihihi

    ReplyDelete