Sunday, August 7, 2011

Puasa Masa Kecik

Aku belajar puasa umur 6 tahun
Orang lain puasa dari pagi sampai maghrib
Aku pulak puasa sampai tengahari
Itu namanya puasa setengah hari
Aku fikir hari ini puasa setengah
Esok puasa setengah dah jadi satu hari
Macam ilmu hisab belajar kat sekolah
Setengah campur setengah jadi satu

Kalau aku nak buka puasa
Kena dapat kelulusan dari ibu
Agak-agak matahari dah mencanak naik
Aku terus pergi telefon
Mendail nombor ofis ibu

'Ibu, dah tengahari, abang nak buka taw!'

'Belum tengahari lagilah, baru pukul 10'

'Lorr tak boleh bukak lagilah ni?'

'Kena tahan sampai tengahari jugak'

Tapi bila usia semakin dewasa
Baru aku sedar bahawasanya
Puasa setengah hari yang aku aplikasikan dulu
Tidah sah dari segi hukum syarak
Bila fikir balik rasa kelakar je
Boleh pulak puasa hari ini dengan semalam
Dicampurkan jadi satu hari

Ok mahu ke bazaar ramadhan dulu
Selamat berbuka! :)

2 comments:

  1. hahahahaha...
    mcm2 la apaii oiii...
    skrg puas penuh ke separuhhh lg?
    :P

    ReplyDelete