Thursday, September 15, 2011

Kenapa Bintang Bersinar Waktu Kegelapan

Bila musim perayaan tiba, muncul iklan-iklan raya di televisyen. Ada yang kelakar, ada yang penuh emosi, ada yang syok sendiri(orang tak faham). Tapi satu iklan dari Proton menarik perhatian aku. Untuk anda yang masih belum melihat iklan ini, boleh tonton di bawah.



Aku tidak mahu komen, kaitan atlet-atlet paralimpik yang ditonjolkan dalam iklan tersebut, dengan sambutan raya aidilfitri. Tapi yang buat aku tertarik ialah kata-kata latar dalam iklan itu.


Sudah menjadi lumrah
Pemenang disanjung
Tapi haruskah
Ia dinilai dengan pingat
Atau rekod
Mungkin ya
Mungkin tidak

Kata-kata di atas buat aku terfikir seketika. Kejayaan seseorang sering dinilai melalui keputusan, hasil atau pencapaian. Sebagai contoh ukuran kejayaan seorang calon SPM, diterjemah melalui berapa banyak A yang calon tersebut peroleh. Semakin banyak A yang diperoleh, maka pelajar tersebut dilihat seorang yang berjaya. Kemudian pelajar itu akan muncul di kaca TV, menjadi jurucakap bagi iklan-iklan komersil.

Tetapi bagaimana jika seseorang itu, berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, namun hasil kejayaan yang diperoleh tidak seperti kerja keras yang telah dilakukan. Sebagai contoh jaguh badminton negara, Dato Lee Chong Wei. Sudah semestinya impian beliau buat masa ini untuk memenangi kejohanan besar dunia. Namun nasib beliau agak kurang baik, sering tewas kepada Lin Dan apabila bertemu dalam perlawanan akhir untuk pertandingan berprestij tinggi.

Realitinya orang tak peduli kita punya usaha banyak mana. Sebab orang lain nak tengok hasil, hasil dan hasil. Sesetengah orang boleh berjaya dengan mudah tanpa penat lelah. Berbeza dengan sesetengah orang yang perlu melalui kegagalan sebelum tiba di puncak. Kalau kita tengok langit pada waktu malam, semakin gelap langit semakin bersinar bintang-bintang. Kadang-kadang kita perlukan kegelapan untuk bersinar seperti bintang. Tanpa kegelapan, bintang takkan bersinar.

Kesimpulan? Lantak pi apa orang lain fikir. Biar jiwa besar jangan besar diri.

No comments:

Post a Comment