Sunday, September 25, 2011

Kasut Raya Berlampu

Dulu masa kecik-kecik, dapat kasut raya ada lampu. Waktu tu rasa macam, akulah budak paling kool di dunia! Mungkin Rafeah Buang terpikat kalau aku ngurat dia.

Jarak rumah aku dengan rumah jiran hanyalah beberapa tapak. Tapi aku semangat waja sarung stokin semata-mata nak pakai kasut berlampu punya pasal. Sambil berjalan, pandangan mata tak tengok depan. Tunduk bawah manjang teruja tengok lampu dari kasut. Kalau boleh tak nak buka kasut bila masuk rumah orang. 


Tapi itu cerita lama. Sekarang pergi beraya rumah orang, cukup sekadar menyarung selipar sambil menggayakan pemakaian yang menyerlahkan ke-simple-an diriku. *aku bukan gay

Bila umur dah semakin meningkat, keterujaan beraya dah tak macam zaman kanak-kanak, teruja nak main bunga api, teruja beraya rumah orang sambil tengok cerita hindustan, teruja nak balik kampung bagi lembu makan roti sardin.

Kalau dulu, semua benda nak beli baru. Dari sampin, baju melayu dengan butang sekali. Songkok yang setiap tahun boleh pakai pun mesti nak beli baru juga. Dah setiap tahun asyik hilang je songkok. Baju melayu pakai raya pertama. Habis raya buat peram kat dalam almari. Nak rasa jeruk baju melayu?

Dapat duit raya benda paling menggairahkan dulu. Beraya rumah sedara, kepala otak mencongak, "agak-agak tahun ini pak teh bagi berapa". Gila tak senonohkan? Setiap hari asyik kira duit raya terkumpul. Rasa macam orang-kaya-baru-tapi-akhirnya-duit-raya-kena-bagi-ibu-masuk-dalam-bank.

Raya tahun ini dah tak dapat lagi duit raya dari sedara mara. Jadi apa yang menarik ye raya tahun ini? Setiap minggu pergi beraya mengeratkan silaturahim. Terima kasih kepada GPS yang aku baru beli, perjalanan raya lebih lancar dan meyakinkan, tanpa meninggalkan sebarang kotoran degil.

Orang ajak datang open house? Takdehal la beb bak mai alamat, masuk dalam GPS, GPS terus tunjuk jalan. GPS suruh kiri, aku masuk kiri, suruh masuk kanan, aku masuk kanan. Tapi satu arahan GPS yang biasanya aku buat bodoh, 'Sila mematuhi had laju'. Ko bayang haa sampai had laju pun dia suruh aku patuh. Memang skema batu bawa kereta kat hiway speed 80.

Sampai je rumah orang, biasa dah aku dapat respon, "Hebat gila ko terus jumpa rumah aku, selalunya orang sesat minta direction". Dalam hati aku bergelak tawa.

Raya dah nak habis. Esok dah hari Isnin. Kena keluar rumah mencari rezeki. Bila teringat rasa macam seronok jadi kanak-kanak balik. Teruja pakai kasut raya berlampu.

[Masuk lagu outro] Di manaaa, kan ku cari ganti...

1 comment:

  1. hehehe.. org kaya jer mampu beli GPS tuh... cer GPS ke umah kt, confirm SESAT....hahahah

    ReplyDelete