Sunday, May 22, 2011

Top Inspirational Movies

Kadang-kadang kita akan rasa down or demotivated betol ark? Selain tengok video Dr. Fadzilah Kamtumi, salah satu kaedah aku nak boost balik motivation tu dengan tengok movie yang boleh memberi inspirasi. So ni antara senarai favourite movie aku yang aku layan sampai lebam.


A BEAUTIFUL MIND


Filem A Beutiful Mind dibuat bagi mengenang jasa seorang pemenenang anugerah nobel yang menderita penyakit skizofrenia. John Nash seorang student yang gila genius dalam matematik. Zaman belajar kat universiti, mamat ni suka ponteng kelas sebab bagi dia, pergi kelas tu buang masa. Dia fikir pergi kelas menyekat kreativiti dan buatkan minda tumpul. Jadi mamat ni lebih suka belajar sendiri, memahami melalui pengalaman di luar kelas. Akhirnya dia berjaya dapat gelaran doktor dan bekerja di MIT.

Rupanya mamat ni ada penyakit skizofrenia, dia akan terbayang orang yang tak pernah wujud. Tapi dia layan orang tu macam wujud. Mamat ni pun kena tangkap dan dimasukkan dalam hospital psikiatri. Bila keluar hospital, penyakit dia datang balik. Tapi isteri dia semangat nak pulihkan dia, tak nak dia masuk hospital lagi. Sebab masuk hospital John Nash ni kena menjalani rawatan pemulihan yang menyeksakan. Akhirnya isteri dia berjaya memulihkan John Nash dengan kasih sayang sesama manusia. Cewahhh.

Babak melekat kat kepala otak : John Nash terima anugerah nobel

Waktu John Nash terima anugerah nobel, dia bagi ucapan penghargaan untuk isteri dia, yang selama ni tak penah putus asa nak pulihkan dia. Disebabkan isteri dia, John Nash berdiri atas pentas tu terima anugerah nobel.

"The only thing greater than the power of the mind is 
the courage of the heart."

.............................................................

BOILER ROOM


Cerita ni pasal seorang budak nama Seth Davis, seorang student yang kena buang kolej sebab pemalas gila nak pegi kelas. Mamat ni jadikan rumah sewa dia sebagai perniagaan kasino yang menguntungkan. Bila balik rumah family, Seth Davis kantoi dengan ayah dia sebab kena buang kolej.

Jadi untuk membuktikan kat ayah dia boleh berjaya walaupun kena buang kolej, Seth Davis join satu firma broker saham dan menjadi trainee. Kerja mamat ni kena call client untuk jual saham. Pada awalnya Seth Davis berjaya menjadi trainee yang cepat naik, close sale berjuta-juta dollar.

Hinggalah pada satu hari, mamat ni kena cekup dengan FBI. FBI gunakan mamat ni untuk dapatkan bukti segala penyelewangan dalam company tu dan terbongkar, rupanya selama ni firma broker yang Seth Davis ni kerja jalankan sindiket penipuan.

Babak melekat kat kepala otak : Vin Diesel close sale

Seth Davis berjaya yakinkan seorang client, untuk beli stok saham. Bila client ni berminat, Seth Davis ni kena jerit, "RECOOOOO!" dan team leader akan berebut untuk close sale tu. Sape yang dapat close sale, dia yang dapat komisen. Vin Diesel salah seorang team leader berjaya dapat telefon tu dulu, dan dengan comunication skill yang stylow dan mylow, the sale was closed!

"Anyone who says that money is the root to all evil, 
doesn't have it."

.............................................................

THE PURSUIT OF HAPPYNESS


Cerita ni berdasarkan kisah benar seorang mamat nama Christopher Gardner. Mamat ni mempunyai impian yang besar untuk diri sendiri dan keluarga. Gardner menggunakan segala duit simpanan melabur untuk satu device yang dikenali Bone Density scanner dan dia kena pergi ke klinik atau hospital untuk jual barang tu.

Tapi segalanya nampak tak menjadi. Barang dia tak laku, isteri dia lari rumah, kereta kena tarik, kena halau rumah dan macam-macam lagi la. Jadi mamat ni pun merempat di jalanan bersama anak dia. Hinggalah pada suatu hari, dia dapat peluang jadi stokbroker kat satu company. Dia kena lalui 6 bulan training tanpa bayaran, baru dapat gaji. Akhirnya berkat kesungguhan mamat ni, dia berjaya diterima kerja kat company tu.

Babak melekat kat kepala otak : Sesi interview Gardner nak dapat kerja

Malam sebelum hari Gardner ni interview, dia tengah cat rumah. Lepas tu ada polis datang tahan dia dan mamat ni pun kena masuk lokap. Esoknya lepas bebas lokap, dengan selekeh gila Gardner terus pegi interview sebab da lambat. Lebih kurang camni la dialog dia.

Tukang interview: What would you say if man walked in here with no shirt, and I hired him? What would you say? 

Christopher Gardner: He must have had on some really nice pants.

Sume ahli panel : HAHAHAHAHAHA!

"You got a dream, you gotta protect it. 
People can't do somethin' themselves, 
they wanna tell you you can't do it. 
If you want somethin', go get it."

.............................................................

THE SHAWSHANK REDEMPTION


Cerita ni pulak mengisahkan seorang mamat nama Andy, seorang banker yang berjaya. Mamat ni dijatuhkan hukuman penjara sebab kesalahan membunuh isteri dia, walaupun sebenarnya bukan dia yang bunuh. Mamat ni seorang yang hebat dalam finance. Sepanjang 20 tahun dia duduk dalam penjara, Andy ni berjaya ambil hati pegawai-pegawai penjara dengan tolong diorang adjust pengecualian cukai.

Andy jugak jadi macam financial advisor kepada warden penjara tu. Warden penjara tu banyak lakukan penyelewangan. Dalam diam, Andy buat pelaburan dari dalam penjara dan rembat duit warden tu. Akhir cerita, Andy ni berjaya lari dari penjara dengan korek terowong dari cell penjara dia gunakan hammer dan bebas jadi manusia biasa. 

Babak melekat kat kepala otak : Flashback Andy lari dari penjara

Waktu tu warden bengang, Andy tiba-tiba hilang. Dia baling batu kat poster dinding bilik Andy. Sekali batu tu tembus poster tu. Warden tu pon koyakkan poster tu, ada lubang besar di sebalik poster. Terbongkar la segala rahsia macam mana Andy lari. Andy terpaksa merangkak melalui tangki najis sebelum berjaya mencapai kebebasan sebenar.

"Fear can hold you prisoner, 
hope can set you free."

.............................................................

FORREST GUMP


RUN FOREST RUN! Dialog yang menjadi fenomena hingga kini berdasarkan filem Forrest Gump. Forrest sejak kecil menghadapi masalah IQ rendah. Zaman kanak-kanak Forrest hanya mempunyai kawan baik bernama Jenny. Disebabkan mempunyai kelebihan berlari laju, Forrest berjaya sambung belajar ke universiti menjadi player ragbi. Kemudian, Forrest join tentera di Vietnam, jadi wakil negara untuk sukan ping pong, tubuhkan syarikat jala udang, memberi inspirasi kepada orang lain untuk berlari keliling negara dan menerima medal dari presiden.

Walaupun melalui pelbagai pengalaman hidup, Forrest tetap mencintai Jenny. Segala pengalaman di lalui, Forrest akan cerita di bas stop dekat orang lain. Forrest tunggu di bas stop, untuk jumpa Jenny setelah terima surat dari kawan baik dia tu untuk berjumpa. Sebenarnya Jenny mengalami penyakit virus, tapi Forrest tetap setia dan mereka pun berkahwin. 

Babak melekat kat kepala otak : Jenny jerit kat forest suruh lari

Waktu tu Forrest kena buli dengan budak-budak nakal. Forrest kena baling batu. Jenny suruh Forrest lari. Budak-budak tadi kejar Forrest dengan basikal. Tiba-tiba kaki Forrest tak perlukan besi terus berlari dengan sepantas kilat.

"Life was like a box of chocolates. 
You never know what you're gonna get."

No comments:

Post a Comment