Monday, May 30, 2011

Ayah, Lepas Ini Tak Payah Bagi Duit Belanja Lagi

Dulu masa aku darjah 1
Sebelum pergi sekolah
Ayah bagi duit belanja RM1.20
Masa ayah aku nak bagi
Dia akan tanya aku dulu

'50 sen campur 50 sen berapa?'

'Seringgit'

'Seringgit campur 20 sen berapa?'

'Seringgit 20 sen'


Setiap hari itulah soalan yang aku kena jawab
Kalau dulu masa kecik-kecik
Dapat pegang duit sen-sen pun dah excited

Makin dewasa ayah tambah lagi duit belanja
Dari sekolah rendah, masuk menengah, matriks hingga universiti
Bila peringkat pelajaran makin tinggi
Kos perbelanjaan bukan takat ratusan ringgit
Tapi dah cecah ribuan ringgit

Masa sem 1 di uitm
Seperti student lain
Aku apply ptptn
Tapi loan yang dapat RM500 aje
Bayar yuran dah habis terus
Aku tanya ayah aku macam mana
Dia cakap tak payah ambil
Dia terus support kos belajar di uitm

Tapi bila memikirkan kakak aku yang lain
Tak bergantung kat ayah aku masa diorang belajar universiti
Sebab mereka dapat biasiswa dari jpa
Aku jadi malu pulak dengan diri sendiri

Jadi aku berazam nak dapat biasiswa juga
Keputusan sem 1 dan sem 2 memberangsangkan
Lepas syarat aku nak mohon jpa
Tapi bila keputusan diumumkan
Permohohan aku gagal
Sumpah aku rasa sedih gila
Harapan aku nak berdikari terus punah
Tapi ayah aku cakap dia akan terus support aku
Masih bergantung kepada ayah aku

Sepanjang aku belajar
Ayah terus bagi duit belanja tanpa putus
Sampai aku praktikal pun
Setiap pagi sebelum pergi kerja
Ayah akan bagi duit belanja
Yang paling tak boleh blah
Kalau ayah aku lupa nak bagi

'Err, ayah duit belanja hari ini?'

Memang aku rasa macam budak-budak je
Padahal dah habis belajar

Tapi sekarang aku dah mula kerja
Hujung bulan tengok akaun bank
Bila tengok duit gaji dah masuk
Korang nak tau apa rasanya?
It was amazing!

Then pagi isnin tadi
Macam hari-hari sebelum
Aku pergi kerja naik lrt di stesen ampang
Ibu dan ayah hantar aku sampai di lrt
Ayah duduk di belakang
Ibu pula memandu
Aku duduk di sebelah ibu

Sampai di stesen lrt
Ayah turun dari kereta untuk duduk di tempat aku
Sebelum aku turun dari kereta
Aku seluk poket ambil duit yang aku dah standby
Sambil salam cium tangan ibu
Aku hulurkan duit

'Ibu ni duit sikit, gaji abang dah masuk'

'Oh terima kasih'

Kemudian aku turun dari kereta
Ayah aku dah standby nak bagi duit belanja
Aku tahu inilah saat yang aku tunggu selama ini

'Abang dah dapat gaji, pasni ayah tak perlulah bagi abang duit lagi'

'Oh ok'

Aku salam cium tangan ayah
Terus menuju ke lrt stesen ampang
Lepas aku cakap camtu
Korang nak tau apa aku rasa
Bukan takat it was amazing!

Tapi





Sumpah aku rasa puas gila!

Jadi lepas ini tak ada lagi jumpa ayah aku

'Ayah nak duit nak beli topup'
'Ayah nak duit nak keluar dengan kawan'
'Ayah nak duit nak beli baju'
'Ayah nak duit nak itu, nak ini, bla2'

Benda terakhir aku minta dari ayah aku
Duit nak bayar deposit beli kereta
Tapi aku tahu
Ayah aku xdela bangga mana aku dah dapat kerja
Sebab parents aku nak aku sambung master
Tapi aku tak terfikir nak sambung belajar lagi

Btw nak tau kenapa blog ini 'THE ROAD TO TWENTY'
Sebab aku target umur aku 20
Aku dah boleh berdikari
Julai ini genap umur aku 21
Korang nak tahu apa rasanya
Umur 20 dah habis belajar degree
Dah mula kerja boleh berdikari
Bagi duit dekat ibu sendiri

Sekali lagi



Jadi sekarang kehidupan aku dah masuk fasa baru
Misi 'THE ROAD TO TWENTY' dah tercapai
Aku tahu perjalanan aku baru bermula
Tiada apa yang nak dibanggakan lagi dengan karier aku
Pengalaman aku baru seperti dapat tangkap satu bintang
Padahal masih beribu lagi bintang di langit yang aku nak kejar

Kepada kawan-kawan yang masih belajar
Teruskan usaha korang dan buat apa yang korang suka
Sebab zaman belajar hadir sekali je dalam hidup
Kepada kawan-kawan yang tengah mencari kerja
Sentiasa bersabar pintu rezeki akan terbuka juga nanti

“The best day of your life is the one on which you decide your life is your own. No apologies or excuses. No one to lean on, rely on, or blame. The gift is yours - it is an amazing journey - and you alone are responsible for the quality of it. This is the day your life really begins.”

1 comment:

  1. terasa sebak didada kerana belom masih mampu untuk menyara keluarga. cuti semester ini akan aku buktikan yang aku juga mampu untuk menyara ibuku yang selama ini menyara hidupku dari kecil hingga lah dewasa ini, dari sakit hinggala gugurnya rambut seorang ibu, dari sday hingga la ketawa duka. Ma, adeq akan buktikan yang 3bulan ni pun adeq mampu bagi ma duit simpanan. beli barang kecantikan mcm dulu. Thanks apai bagi inspirasi pada diriku.

    ReplyDelete