Thursday, April 22, 2010

First Day Exam

macam biasa la kan, sebelum masuk dewan peperiksaan ushar dulu sekeliling gadis-gadis jelita. tp takde yang tergedik-gedik mcm penari nobody nobody but you. ok next periksa alat kelengkapan untuk berperang.











senjata pertama pen pilot basah g2 mesti zero poin five. pen kepercayaan aku sejak sekolah menengah walaupun kadang-kadang layan jugak kilometriko bak kata iklan dengan lebih kilometer.

senjata kedua pensel 2b. hari ini nak exam malam semalam membe ak pegi beli nak lorek-lorek kat kertas omr. pastu kitaorang layan cite entiti sampai 4 pagi. cam cibai.

senjata ketiga pemadam kontot yang telah dibelah dua pagi tadi mengamalkan konsep sharing is caring dengan sayap.

senjata keempat slip peperiksaan terima kasih kpd shazrin tolong printkan.

senjata kelima kad pelajar aku. teraba poket belakang seluar aku mengeluarkan wallet penuh kad tapi tak penuh fulus. alamak, hati sentiasa ingin meningkatkan prestasi tapi kad pelajar aku ni boleh mengundang kontroversi.

alar setakat kad pelajar apa-ada-hal la weh. first day exam dalam dewan raja muda seksyen 7 group aku dapat port west wing tingkat 2. kedudukan meja memanjang sederet satu baris takde jiran kira atau kanan. ok la cun takde sape boleh tiru aku.

'para pelajar diminta meletakkan slip peperiksaan dan kad pelajar atas meja untuk diperiksa oleh pengawas' ketua pengawas memberi arahan.

setakat tertinggal slip exam pastu buat drama kat pengawas da biasa aku berlakon. tapi hari ini ade drama lain pulak macam asmaradana kena berlakon.

'para pelajar dibenarkan mula menjawab'.

medan pertempuran bermula dalam hati mengharapkan spot keluar tapi kalo tak keluar xdehal la. sebelum aku stat jawab sempat la jugak melihat gelagat student lain. ada yang terus garu kepala macam ada kutu baru bukak pengkalan tentera darat pulak kat kepala tu. mmg cam shiyal.

tapi soalan 3(b) buat aku terkedu nak jawab apa. teringat waktu budak hingusan layan cerita jimmy neutron. bila masalah datang jimmy akan cakap 'think,think,think' dengan muke ketat dan teros neuron-neuron di otak aktif bergerak macam agen pembiakan lelaki.

tengah sibuk aku berfikir nak botak tengah macam dato' seri najib, pengawas datang kat meja aku. prosedur biasa nak cek slip exam dengan kad pelajar.

'ni kad pelajar awak ke?' pengawas tanya. dahi nk berkerut jek ala ala rosnah mat aris.

'aah kad saya kenapa puan?' aku jawab macam la aku tak tau kenapa die pelik.

'kad awak ni xde gambar ni' die tanye macam tak puas hati pulak.

'ow gambar saya tertanggal puan, aritu celup air' aku buat suara romantis bajet die cair tapi tak mengharap pun dia terkasima.

ingat dah xde pape masalah tapi dia bawak kad aku pegi meja depan bandingkan dengan kad pelajar membe aku. aku terus sambung fokus kat kertas soalan macam budak skema jawab tanpa toyol.

beberapa saat kemudian dia datang balik. bajet benda da setel tapi lain pulak jadinya.

'saya kena tanya ketua pengawas dulu macam mana kad pelajar awak ni' terus dia berlalu buat aku terdetik dalam hati, ark alar macam masalah besar negara jek.

tengah aku sibuk menulis dengan pen pilot basah g2 mesti zero poin five, mak cik tu datang balik mintak aku tunjuk kad pengenalan pulak.

selambe apam aku amek wallet kat lantai tunjuk kat dia ic aku.

'ok lain kali letak ic sekali atas meja' die letak kad pelajar aku atas meja terus blah meronda-ronda padahal dalam hati tengah buhsan nak mati.

ushar balik kad pelajar atas meja aku tersengih jek. ada pulak orang nak menyamar jadi aku.




8 comments:

  1. len kali...ko lukis r mke ko tu dkt bnda putih tu...kompem ok... slip bawak ke x ni???

    ReplyDelete
  2. mne r tau...ko lpe bawak...ko tu kan cpt lpe...(bukan aku ke....hahahaha...)

    ReplyDelete
  3. ehh pai, awat matrik ko takdak nama? kalau takdak pic tu takpa lagi. nama mana?



    www.syaheerazulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. apai2..
    mmg xde sapa nak menyamar jadi ko..
    tapi gambar tu melambangkan identiti ko...
    ;)

    ReplyDelete
  5. pastu macik tu tnya ak kan,,,'gmbar kat matrik ni blh tertanggal ke'??..ak jwb jak,ntah la..


    ishh..mn ku tau.....bkn ak yg buat kad matrik..huhuhu...

    kerek gila pengawas tu...nik kata'dtg bln kot...'..hehehe

    2 ar ko duk blakang ak kan...hahhaha

    ReplyDelete
  6. lar ko ade blog gak ke..
    hahaha tu ke die tnye ko?
    awat ko xjwb jek npe puan xtnye jek sama owg bwat kad matrik ni..huhu

    ReplyDelete