Tuesday, April 27, 2010

Andainya Masih Ada Ruang

ini cerita lama. tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku petang tadi. cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

niat saya menceritakan kisah ini bukanlah untuk membuka aib sesiapa jauh sekali untuk menjatuhkan air muka seseorang. namun watak di dalam cerita ini bukanlah watak sebenar bagi menjaga maruah insan lain yang masih hidup bernafas di muka bumi ini.


ceritanya begini :

Senoi merupakan seorang mahasiswa yang kini menuntut di UITM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Perniagaan major in pengurusan salon. sejak kecil selepas menggunting rambut di kedai salon fanny yang terletak di hadapan rumahnya, senoi berazam untuk membuka kedai salon sendiri. walaupun ditentang hebat oleh kedua orang tuanya, atas alasan bidang tersebut lebih ke arah keperempuanan, senoi tetap optimistik untuk melihat impiannya menjadi kenyataan.

akhirnya khayalan senoi itu tampak menjadi realitstik apabila dia menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di shah alam dalam bidang yang dia minati. kehidupan senoi di universiti tidak banyak berubah. setiap malam di saat remaja-remaja lain berpeleseran dengan motorsikal dan chikaro, senoi terus tekun mengulangkaji pelajaran. keputusan peperiksaan yang diperolehi senoi juga mampu membuatkan kedua orang tuanya tersenyum lebar hingga menjilat bibir.

namun segalanya berubah pada semester ke 4. disebabkan tidak lagi mendapat kemudahan kolej, senoi terpaksa tinggal di luar bersama rakan-rakannya di sebuah rumah setinggan di kampung goreng pon sodap. tinggal di luar menjadikan senoi lebih bebas tanpa terikat kepada peraturan. pada suatu malam selepas solat maghrib di masjid negeri shah alam, rakan-rakan senoi mengajaknya untuk menonton filem adnan sempit di pawagam.

akibat takut untuk tinggal seorang diri di rumah selepas sarip dol sering bercerita hantu bersama rakan serumah lain, senoi membuat keputusan untuk mengikut rakannya menonton filem. ternyata selepas menonton filem adnan sempit, kehidupan senoi dan rakan serumahnya banyak berubah.

mereka mula terjebak dalam kancah dunia mat rempit. lumba haram, pertaruhan, chikaro semuanya telah menjadi kebiasaan buat senoi. bahkan senoi mula memakai pakaian yang sempit-sempit.

sehinggalah pada suatu malam, apabila senoi menyahut cabaran dari seorang jaguh mat rempit, penan. penan diminati ramai gadis kerana stail rambutnya seperti suku kaum orang asli penan iaitu seakan-akan tempurung kelapa. kerana cemburu tidak mampu menggunting rambut seperti penan, senoi berazam untuk mengalahkannya dalam perlumbaan itu.

perlumbaan bermula dengan hangat apabila senoi dan penan sering potong memotong. apabila tiba di satu simpang, seperti gaya pelumba pro senoi merebahkan badannya membuat lap lutut konfim cecah jalan. ketika motor ditunggang semakin laju, penan menekan brek tangan untuk mengurangkan kelajuan bagi mengelak kanak-kanak tabika kemas yang sedang melintas.

namun, tanpa disangka-sangka brek tangan tidak berfungsi akibat disabotaj oleh penan. namun penan terlupa untuk merosakkan brek kaki motorsikal senoi. lantas senoi dengan langkah bergaya menggunakan brek kakinya untuk memberhentikan motorsikal. tapi kerana terlalu laju, senoi telah terlanggar warung cendol kepunyaan abang sarip dol menyebabkan dia tercampak ke parit.

'kamu mengelamun apa tu?'

senoi tersentak. kenangan lalu yang bermain di fikirannya lantas hilang. dia memandang kembali wajah ibunya. Ibunya tersenyum sambil terus memandu. 'Lepas ni ada nak singgah mana-mana tak?'

senoi terkulat-kulat sejenak. 'err..singgah kedai dobi jab.'

ibu senoi mengangguk melihat ke hadapan jalan raya. kereta yang dipandu terus laju menuju ke shah alam untuk menghantar senoi kembali ke rumah sewaanya.

kemalangan itu menyebabkan tangan kiri senoi patah. sejak itu, kehidupan seharian senoi menjadi lebih susah. baju-baju yang dulunya dibasuh sendiri terpaksa dihantar ke dobi.

'yang mana kedainya?'

'hah yang tu,' senoi menjawab sambil menunding jari menunjukkan kedai dobi yang dimaksudkan.

senoi terus turun dari kereta menuju ke kedai dobi.

'agak-agak da siap ke ek baju aku.' setibanya senoi di kedai itu, die terus menekan loceng.

'TING!'

selang beberapa saat kemudian, seorang pekerja muncul.

'ye dik nak apa?'

'semalam saya ada hantar baju kat sini. ni reistnya.' senoi terus menunjukkan resit yang diterimanya.

'ok senoi ye, kjp akak cek eh,' pekerja itu terus berlalu meninggalkan resit di atas meja.

'hmm tak ada pulak baju adik,'

'ehh takkan tak ada kak. saya ingat lagi semalam saya hantar baju kat kedai ni waktu bulan purnama malam semalam. pekerja semalam cakap hari ini saya dah boleh amek,' senoi terus mengerutkan dahinya cuba mengingati pekerja mana yang menerima bajunya.

'jab akak tengok resit ni..larr adik hantar bukan kedai ni lerr..kedai sebelah hahh.'

terkejut dengan jawapan itu, senoi melihat kembali resitnya dengan terkebil-kebil. ternyata dia telah pergi ke kedai yang salah.

'err..kak, pinjam sat kain buruk kat blkg tu,'

'ehh nak buat pe plak?' pekerja dobi itu kehairanan.

'nak tutup muka kejap sat. tengah segan tahap gaban ni,'

'HAHAHAHAHAHA,' beberapa pekerja lain di dalam kedai dobi itu turut tertawa bersama.

selepas meminta maaf dari pekerja itu, senoi terus keluar dari kedai dobi itu dan menuju ke kedai dobi yang sebenarnya.

begitulah kisah senoi yang tersilap masuk kedai untuk mengambil bajunya. kenapa saya menulis kisah ini? supaya kita sama-sama sedar akan kepentingannya membasuh baju sendiri tanpa bergantung kepada dobi. jika senoi membasuh bajunya sendiri, pasti maruah senoi dapat dijaga dengan baik pada petang itu dan saya pun tidak akan mengupdate blog dengan cerita seperti ini.

10 comments:

  1. hahaha...klakar..tp der motif...best aar citer ni...

    ReplyDelete
  2. bahahaha, lawak. aihhh. cam menuju diri sendiri je cite ni. huhu

    ReplyDelete
  3. ehh watak di atas hanya nama samaran..
    xsemestinya aku yer

    ReplyDelete
  4. ni blm inas baca lg... cnfrm terbarai mengenangkan senoi dan penan... wahahahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha mcm ko pnyer cite je apoi, mntang2 aa rempit skang!

    ReplyDelete
  6. senoi=apai
    xyah nipu ak la babe..
    hahahha
    ;)

    ReplyDelete
  7. haha..ne kompem senoi too tuan punya blog ne kan??hha
    ..great story!!

    ReplyDelete