Monday, February 27, 2012

Rumahku, Pejabatku, Syurgaku

Waktu dulu, aku rasa macam orang asing je kat rumah ni. Tak banyak bercakap dengan keluarga. Kalau balik rumah, aku ada ke takde ke, sama jek macam tak wujud. 

Memang sejak dari kecik, aku jarang bersembang dengan keluarga. Lebih banyak menghabiskan masa menyendiri di dalam bilik. Aku dengan dunia aku, mereka dengan dunia mereka. Agak-agak dah bosan tahap gaban, roger member pergi lepak.


Aku pun tak tahu kenapa, dengan adik beradik manjang serius jek. Tapi kalau dengan member, fouhhh merepek meraban tak henti henti.

Setelah beberapa bulan buat pulic mutual, ayah cakap kat aku, dah tak payah buat public mutual tu, ayah bagi job je kat kamu. Aku pun buat jela kerja yang ayah bagi.

Bila dah banyak kerja dengan ayah, hubungan aku dengan keluarga jadi lebih rapat pulak. Sebab banyak masa aku terluang dengan keluarga sekarang. Dah boleh bergurau sendat dengan mereka. 

Sekarang ni kalau ahli keluarga aku nak pergi mana-mana, tak lain dan tak bukan aku lah yang dorang mintak tolong hantarkan. Kalau dulu aku rasa macam aku ada ke takde ke sama jek, sekarang ni dah rasa macam orang penting pulak. Hehe.

Rutin harian aku sekarang, pagi-pagi pukul 6 lebih, lepas subuh hantar adik aku, Faiz dan Faizah ke sekolah. Dalam kereta, borak-borak jelah dengan mereka apa yang patut.

Lepas hantar mereka, balik rumah aku terus mandi bersiap. Kemudian keluar pergi sarapan pulak dengan ibu dan ayah. Waktu sarapan, ayah banyak bagi kata-kata semangat kat aku, untuk meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan.

Kemudian kena hantar ayah pergi bank, lepas tu hantar ibu pergi pasar pulak. Dah selesai urusan ayah dan ibu, baru aku start buat kerja aku. Kerja aku pun banyak di luar rumah, pergi jumpa orang. Carik supplier, mintak quotation, masuk tender.

Bila tengahari, jemput adik aku balik dari sekolah. Sampai je rumah, makanan tengahari dah menanti, sekarang setiap hari ibu aku masak. Kami sekeluarga pun menikmati makan tengahari bersama di rumah.

Bila petang kalau ada kerja, sambunglah buat kerja. Kalau takde melepak je ar. Tu yang orang lain tengok hidup aku macam rileks je, macam kerja tak kerja. Hehe.

Tapi itulah, aku fikir sampai bila aku nak bergantung dengan job yang ayah bagi. Kebetulan pulak, ada kawan aku ajak buat business sekali. Jadi aku pun setup la company sendiri run business lain dengan member.

Rabu lepas aku baru beli printer 4 in 1 di low yatt. Setelah puas survey ke serata kedai, aku rembat sebiji printer canon dengan harga RM379, harga paling murah la aku dapat untuk printer berteknologi wifi connection. 

Printer ni sekali dengan faks, scan, fotostat. Dengan rumah aku dilengkapi unifi, selain menikmati internet yang berdesup laju, aku boleh guna telefon dan faks secara percuma sahaja ke talian tetap di seluruh Malaysia.

Jadi memandangkan business yang aku jalankan ni berasaskan servis, tak perlulah aku nak sewa pejabat atau kedai ke. Cukup sekadar aku beroperasi dari rumah. Bila ada apoinment, baru aku keluar rumah pergi jumpa orang.

Sekarang dah rasa makin seronok duduk di rumah. Ada benda nak disembang dengan keluarga, ada kerja nak dibuat. Boleh la nak bergurau ngan ayah ke, borak dengan ibu ke, layan gosip dengan adik aku yang cengeng.

Pada satu hari, sedang aku menikmati makan tengahari bersama ayah dan ibu.

Ayah : Fadhil, ni ayah nak bagitahu kamu, cara senang nak jadi kaya.

Aku : Hah camne?

Ayah : Kan Naza ada anak perempuan seorang, kamu ngurat la dia, dapat kahwin dengan dia, kamu terus jadi kaya. Haaaa nampak tak?

Aku : Owwww, habis kenapa dulu ayah tak buat camtu? Ngurat je anak orang kaya.

Ayah memandang wajahku dengan terkedu, kemudian aku memandang wajah ibu, ibu seperti tersipu-sipu malu. Aku kembali memandang wajah ayah.

Aku dan ayah : BAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Selepas kami gelak sakan, ayah terus terspeechless seketika, lalu terus menyambung makan.

Rumahku, pejabatku, syurgaku. :)

2 comments:

  1. haha..yg la tu demm

    ReplyDelete
  2. allhamdullilah, bila keluarga ada sentiasa dgn kita nie, kita tak cari dah penyelesaian di luar umah kalau kita ada masalah, rujukan pertama mesti keluarga..

    ReplyDelete