Saturday, June 18, 2011

Seorang Ayah Penganggur Profesional

Dulu masa sekolah rendah
Kena isi borang ape benda ntah
Sampai kat pekerjaan bapa
Aku tak tau nak isi apa
Sebab aku tak tau ayah aku kerja apa


Balik rumah aku tanya ayah
Ayah cakap lain kali tulis bekerja sendiri
Aku pun pelik jugak
Tak pernah nampak ayah kerja
Setiap hari goyang telor duduk rumah
Kalau keluar pun pergi ambil duit kat orang
Tak pun indon-indon datang rumah bagi duit

Bila dah makin dewasa
Baru aku faham dari mana ayah dapat income
Ayah beli rumah pastu sewakan dekat orang lain
Duduk rumah jaga anak-anak
Yang ibu aku pulak pergi kerja
Macam terbalik kan?

Masa aku umur 5-6 tahun
Ayah aku yang ajar aku membaca dan mengira
Setiap pagi aku kena beli surat khabar
Lepas tuh baca depan dia

Aku ingat lagi masa Tadika Nirwana
Ada hari sukan nanti
Cikgu cari pelajar yang boleh membaca
Ramai tak boleh baca ikrar masa tuh
Lepas tu sampai turn aku
Aku baca je apa yang aku reti
Cikgu pun suruh aku lead bacaan ikrar nanti

Masa aku darjah 2
Final exam aku dapat nombor teruk
Naik darjah 3
Ayah bagi training ala military kat aku
Setiap hari kena belajar
Ayah banyak beli buku latihan
Suruh aku buat sampai lebam
Hasilnya?

Aku berjaya lepas exam PTS
Tapi disebabkan ketidakmatangan aku masa tu
Aku cakap kat ayah

'Senang gila PTS tu, kalau ayah tak ajar pun boleh lepas'

Gila bingai kan aku?

Bukannya nak cakap terima kasih ke apa
Jadi aku pun lompat ke darjah 5
Lepas aku naik darjah 5
Ayah dah tak kawal pembelajaran aku
Aku bebas belajar sendiri

Bila aku fikir balik
Semuanya sebab ayah aku
Dari dulu sampai sekarang
Zaman sekolah, matriks, universiti
Yang lain umur lagi tua dari aku
Aku jela yang paling muda

Tu yang aku rasa kelakar
Bila result degree dah keluar
Kat situ tulis 'COMPLETE'
Tengok cermin cakap sorang-sorang

'Biar betul muka ko ni dah habis belajar, dah start kerja'

Ayah aku banyak pengaruhi dalam hidup aku
Karakter dia yang kadang-kadang gila
Tapi satu benda yang paling aku respek
Ayah sentiasa hidup sederhana
Tak manjakan anak dengan kemewahan
Tapi apa anak-anak nak
Ayah takde masalah nak bagi
Kalau aku mintak ayah duit nak shopping
Ayah cakap

'Baju seluar ayah ni beli kat pasar pudu jek, ish kamu ni, berapa nak?'

Aku bersyukur dapat role model yang baik
Suatu hari memang aku nak jadi macam ayah
Hidup bebas je tapi duit masuk tiap-tiap bulan
Boleh tengok anak-anak membesar dengan mata sendiri

Bila kawan-kawan lain tanya ayah aku kerja apa
Aku cakap, 'Penganggur Profesional'
Tak payah kerja tapi masyukkk

Terima kasih ayah untuk segalanya
You are my number 1 dad in the world!

Happy Father's Day!

2 comments: