pada rabu lepas, saya ke kmpk untuk menyertai para alumni lain dalam minggu pengurusan pelajar baru. saya menjadi salah seorang ahli panel dalam forum bersama alumni, wakil bagi alumni akaun. dalam sesi forum itu, saya diminta untuk mengupas berkenaan kepentingan pelajar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dan dilemma sesetengah pelajar yang masuk matriks sebab terpaksa, atau erti kata lain mempunyai pilihan lain tetapi gagal untuk mendapat tempat belajar yang diidamkan.
bagi isu yang pertama, saya menerangkan serba sedikit kepentingan berpersatuan. antaranya mampu untuk mengasah skil komunikasi, belajar dalam bidang pengurusan, dan berpeluang menganjurkan program yang dirangka sendiri. dunia pekerjaan semakin kompetitif. pada saya akademik amat berguna kerana untuk kita diiktiraf oleh masyarakat, masyarakat secara umumnya melihat kelayakan akademik kita. sebagai contohnya satu peluang pekerjaan menetapkan syarat kelayakan minimum cgpa 3.5 ke atas. maka jika keputusan akademik kita lebih rendah, maka peluang itu telah tertutup. tetapi apabila berlakunya lambakan graduan-graduan yang mempunyai ijazah yang keputusan cgpa 3.5 ke atas, maka di sini letaknya kepentingan akan kemahiran-kemahiran yang saya nyatakan tadi.
bagi isu yang kedua berkenaan kita sering gagal dalam usaha kita untuk mendapat apa yang kita hajati. sebagai contoh seperti dalam peperiksaan. kita berusaha keras untuk mendapatkan gred yang baik. namun apabila keputusan diumumkan, keputusan yang diperoleh tidak seperti yang dijangkakan. kenapa? pertama kadang-kadang Allah mahu menguji kita. mungkin jika difikirkan dengan pandangan positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita maka dalam sesetengah perkara itu, Allah menunda dahulu nikmat yang ingin diberikan.
yang keduanya, kadang-kadang tidak semua pelajaran kita mampu peroleh dari buku. mungkin Allah ingin memberikan pengajaran itu dalam bentuk kegagalan. apabila kita gagal dalam sesuatu perkara, kita dapat menilai kesilapan kita yang lepas. ini membuatkan kita untuk mengubah strategi untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
kadang-kadang untuk membuat sesuatu keputusan itu, kita keliru samada keputusan yang dibuat tepat atau sebaliknya. maka di sini letaknya peranan 'pengalaman'. melalui pengalaman yang ada, kita mampu untuk membuat satu keputusan yang lebih baik. namun pengalaman juga selalu datang dalam bentuk kegagalan kita dalam membuat sesuatu keputusan pada waktu yang lepas.
setelah tamatnya program pada malam itu, tiba-tiba saya terfikir, kenapa saya mampu untuk menyampaikan nasihat-nasihat tadi, tapi kadang-kadang diri saya juga berasa lemah,'down' dan sebagainya. kenapa saya tidak mampu untuk sentiasa berfikiran positif, sentiasa berlapang dada menerima segala musibah dan sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua perkara.
setelah saya berfikir secara mendalam, baru saya teringat. manusia mana ada yang sempurna. walau sehebat mana pun pengalaman seseorang itu, walau setinggi mana pun ilmu yang dimiliki, manusia tidak sekali-kali akan terlepas dari ujian Allah. Allah sentiasa menguji manusia supaya tahap keimanan kita dapat ditingkatkan. mungkin dalam sesetengah keadaan apabila kita mengecapi kejayaan, kita mula berasa ego, bongkak, takbur dan sebagainya, maka disebabkan sifat-sifat kita itu Allah memberi musibah agar kita sentiasa ingat akan peranan kita di muka Bumi ini.
tujuan saya menulis ini agar dapat berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian dan pada masa yang sama, mengingati diri saya yang kadang-kadang juga alpa dengan kelemahan diri sendiri. saya juga masih belum mampu untuk mencapai 'the ultimate in positive thinking'. memang susah untuk sentiasa berfikiran positif walaupun ditipu kawan, duit kita dicuri, keputusan peperiksaan kita teruk namun jika mampu untuk mencapai 'the ultimate in positive thinking', pasti hidup kita akan lebih tenang.
Kata ibarat pedang
ReplyDeleteYang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
ni akak petik dari lagu nasyid bicara kata...kekedg kite sentiasa menasihati org sampai kita lupa yg Allah akan uji apa yg kita perkatakan..
terima kasih kak =)
ReplyDelete